Featured

Apa itu E-pembelajaran ?

  


E-pembelajaran merupakan sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital yang membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan dengan efektif. 

National American Council for Online Learning juga mendefinisikan e-pembelajaran sebagai kandungan pembelajaran dan pengajaran disampaikan menggunakan teknolologi digital seperti teknologi dalam talian atau CD-ROM atau sebarang pengalaman pembelajaran melibatkan komputer.

Oleh itu , e-pembelajaran  dapat diringkaskan sebagai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai pemudah cara pembelajaran dan pengajaran tidak kira dalam sesi berjauhan di atas talian ataupun bersemuka.

E-pembelajaran ini amatlah penting kerana ia sejajar dengan perkembangan semasa abad ke-21 . Guru-guru akan dianggap ketinggalan apabila tidak mengaplikasikan teknologi di dalam penegajaran dan pembelajarannya jika hanya menggunakan cara pengajaran menggunakan papan putih dan marker sahaja . Jadi , asas e-pembelajaran perlulah dikuasai agar guru-guru dapat mempelbagaikan cara pengajarannya seiring dengan perkembangan semasa murid  agar maklumat yang dismapaikan lebih seronok dan berkesan.

Comments

Tasnim said…
ilmu baru , terima kasih musfirah
Emyr said…
Maklumat bermanfaat. Terima kasih penulis...

Popular Posts