Skip to main content

Featured

Apa itu E-pembelajaran ?

   E-pembelajaran merupakan sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital yang membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan dengan efektif.  National American Council for Online Learning juga mendefinisikan e-pembelajaran sebagai kandungan pembelajaran dan pengajaran disampaikan menggunakan teknolologi digital seperti teknologi dalam talian atau CD-ROM atau sebarang pengalaman pembelajaran melibatkan komputer. Oleh itu , e-pembelajaran  dapat diringkaskan sebagai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai pemudah cara pembelajaran dan pengajaran tidak kira dalam sesi berjauhan di atas talian ataupun bersemuka. E-pembelajaran ini amatlah penting kerana ia sejajar dengan perkembangan semasa abad ke-21 . Guru-guru akan dianggap ketinggalan apabila tidak mengaplikasikan teknologi di dalam penegajaran dan pembelajarannya jika hanya menggunakan cara pengajaran menggunakan papan putih dan marker sahaja . ...

Ciri-ciri e-pembelajaran

1-Pembelajaran yang boleh berlaku di mana-mana sahaja


Hal ini kerana penggunaan barang-barang digital seperti telefon pintar , tablet dan laptop mudah dan efektif untuk dibawa ke mana-mana tidak kira di dalam kawasan tertutup seperti perpustakaan , kelas dan dewan atau di kawasan yang terbuka seperti di taman rekreasi atau kawasan pergunungan tanpa perlu membawa buku-buku yang tebal dan banyak setiap masa.


2-Pembelajaran sepanjang hayat iaitu tidak terikat dengan mana-mana institusi


E-pembelajaran boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan tidak terikat dengan mana-mana institusi kerana mereka boleh menggunakannya sendiri pada bila-bila yang mereka mahukan . Perkara ini memudahkan semua orang kerana mereka yang telah tamat zaman persekolahan atau tidak memulakan persekolahan lagi dapat menimba ilmu dengan peranti yang ada.

3-Pembelajaran berlaku dalam komuniti pembelajaran.

E-pembelajaran yang berkesan perlulah berlaku dalam komuniti pembelajaran . Hal ini kerana persekitaran amat penting dalam proses pembelajaran walaupun dengan menggunakan e-pembelajaran. Malah , ia dapat mewujudkan pembelajaran yang aktif contohnya dengan penggunaan Quizizz di dalam kelas ketika sesi menjawab kuiz.

4-Pembelajaran bersifat formal dan tidak formal


Pembelajaran menggunakan e-pembelajaran boleh bersifat formal iaitu dengan menggunakan PowerPoint ketika melakukan pembentangan di kelas atau membaca e-buku di PDF Drive . Walaupun begitu , ia juga dapat berlaku secara tidak formal iaitu dengan mempelajari bahasa Inggeris dengan mendengar lagu , bermain ''online game'' di Education.com atau melihat video-video akademik di Youtube.

5-Pembelajaran tidak bergantung sepenuhnya kepada tenaga pengajar atau institusi


E-pembelajaran tidak bergantung sepenuhnya kepada guru atau institusi kerana murid boleh memilih untuk melakukan pembelajaran kendiri menggunakan e-pembelajaran. Hal ini dapat memupuk sifat berdikari dalam murid bagi menuntut ilmu kerana semuanya berada di hujung jari.

Comments

D'Zack said…
pengisian yang menarik dan padat
Unknown said…
Knowledge baru ni 👍

Popular Posts