Skip to main content

Featured

Apa itu E-pembelajaran ?

   E-pembelajaran merupakan sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital yang membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan dengan efektif.  National American Council for Online Learning juga mendefinisikan e-pembelajaran sebagai kandungan pembelajaran dan pengajaran disampaikan menggunakan teknolologi digital seperti teknologi dalam talian atau CD-ROM atau sebarang pengalaman pembelajaran melibatkan komputer. Oleh itu , e-pembelajaran  dapat diringkaskan sebagai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai pemudah cara pembelajaran dan pengajaran tidak kira dalam sesi berjauhan di atas talian ataupun bersemuka. E-pembelajaran ini amatlah penting kerana ia sejajar dengan perkembangan semasa abad ke-21 . Guru-guru akan dianggap ketinggalan apabila tidak mengaplikasikan teknologi di dalam penegajaran dan pembelajarannya jika hanya menggunakan cara pengajaran menggunakan papan putih dan marker sahaja . ...

Kebaikan e-pembelajaran

penggunaan teknologi dalam pendidikan mempunyai pelbagai kebaikan ,

Mari kita lihat video dibawah untuk mengenal pasti apakah kebaikan tersebut.


Melalui video di atas , dapat kita simpulkan bahawa :


Penerangan :

1-Mempromosikan pembelajaran yang berdikari untuk murid


Hal ini kerana murid-murid dapat mengakses sendiri maklumat atau ilmu yang ingin diketahui tanpa memerlukan pertolongan siapa-siapa tidak kira guru-guru mahupun ibu bapa kerana semua maklumat telah berada di hujung jari. Perkara ini menyebabkan murid-murid dapat berdikari dalam menuntut ilmu.

2-Mudah untuk mengakses maklumat

Murid dan guru mudah untuk mengakses maklumat kerana maklumat berada di mana-mana dalam pelbagai laman web , e-journal , e-akhbar dan pelbagai lagi.  Mereka hanya perlu menaip tajuk atau isu yang mahu dicari di dalam enjin pencarian contohnya yang paling terkenal adalah Google , seterusnya menekan simbol search untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkara yang ingin diketahui itu.

3- Mempromosikan cara yang seronok untuk belajar



Penggunaan digital dalam pembelajaran iaitu e-pembelajaran dapat mewujudkan suasana yang menarik dan seronok untuk belajar kerana mewujudkan kepelbagaian dalam cara pembelajaran. Oleh itu, pelajar tidak akan terikat dengan buku semata-mata malah dapat mengaplikasikan animasi , video , audio dan pelbagai lagi dalam pembelajaran .

4-Meluaskan minda



E-pembelajaran dapat meluaskan minda siapa-siapa yang menggunakannnya kerana ia akan membuka minda mereka yang menggunakannya. Mereka yang banyak memanfaatkan teknologi dengan baik dalam kehidupan iaitu contohnya seperti pembelajaran kebiasaannya , mereka lebih matang berbanding mereka yang tidak tahu menggunakan teknologi digital kerana mereka yang mahir menggunakan e-pembelajaran mempunyai ilmu yang lebih luas.

5-Persediaan untuk masa hadapan murid


E-pembelajaran bagus untuk persiapan masa hadapan murid yang dijangkakan bakal memakai teknologi untuk seluruh kehidupan. Jika teknologi digital tidak dapat dikuasai oleh murid maka ia akan menyebabkan kesusahan untuk murid mendapatkan kerja pada masa hadapan kerana penggunaannya semakin meluas daripada semasa ke semasa. Oleh itu, dengan pendedahan awal kepada murid berkaitan penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran akan memudahkan mereka pada masa hadapan kerana telah mempunyai ilmu berkaitannya sedikit sebanyak.

Comments

Unknown said…
sangat membantu untuk pelajar buat karangan 😊

Popular Posts