Apa itu E-pembelajaran ?
E-pembelajaran merupakan sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital yang membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan dengan efektif. National American Council for Online Learning juga mendefinisikan e-pembelajaran sebagai kandungan pembelajaran dan pengajaran disampaikan menggunakan teknolologi digital seperti teknologi dalam talian atau CD-ROM atau sebarang pengalaman pembelajaran melibatkan komputer. Oleh itu , e-pembelajaran dapat diringkaskan sebagai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai pemudah cara pembelajaran dan pengajaran tidak kira dalam sesi berjauhan di atas talian ataupun bersemuka. E-pembelajaran ini amatlah penting kerana ia sejajar dengan perkembangan semasa abad ke-21 . Guru-guru akan dianggap ketinggalan apabila tidak mengaplikasikan teknologi di dalam penegajaran dan pembelajarannya jika hanya menggunakan cara pengajaran menggunakan papan putih dan marker sahaja . ...
Comments